PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: | Arkib |

Arkib

NKRA- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

E-mail Cetak PDF

Makluman dan tindakan semua pengetua guru besar.

Kutipan Data melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah secara online (baru)

Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Unit NKRA KPM, ketetapan telah dibuat bahawa semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH seluruh negara perlu mengisi markah ujian dan peperiksaan hanya melalui SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS). Ini bermakna semua sistem yang digunakan di JPN seperti ISIS akan dimansuhkan. Sehubungan dengan itu, semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH TERMASUK SBP perlu mengisi markah UJIAN BULAN MAC, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN PERCUBAAN/UJIAN BULAN OGOS DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN di SAPS ini. SU Peperiksaan akan diminta untuk mendaftarkan id bagi semua guru (sila muat turun manual SU Peperiksaan Dalaman untuk tindakan pendaftaran). Surat makluman akan dikeluarkan kepada sekolah bagi memaklumkan secara rasmi mengenai sistem ini. Sila muat turun maklumat awal mengenai sistem di pautan bawah ini. SU Peperiksaan sudah boleh mula untuk daftar mengikut manual yang dibekalkan. SILA BACA MANUAL UNTUK SU DAHULU SEBELUM MEMBUAT PENDAFTARAN. Semua guru diminta untuk daftar mata pelajaran dan mengisi markah yang diperlukan. Kerjasama Pengetua dan Guru Besar dipohon untuk memastikan penghantaran data ke PPD oleh SU Peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti di bawah.

Tarikh Akhir Penghantaran Data
Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi :
Tahun 6 dan Ting 3 (15 Jun)
Ting 5 dan Ting 6 (28 Jun)
Tahun 2 hingga 5, Ting 1 hingga 4 (28 Jun)

Untuk tarikh akhir bagi keputusan peperiksaan dan ujian yang lain akan disertakan melalui surat rasmi dari JPN tidak berapa lama lagi. 
 


icon MANUAL-SU ( 2011-05-31 12:42:04)

icon saps-sek ( 2011-05-31 12:54:36)

icon saps-gurump ( 2011-05-31 12:50:46)


 JPN Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua sekolah.

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 07 Jun 2011 22:32

SPPBS- Sekolah Rendah

E-mail Cetak PDF

Assalamualaikum Dan Salam Satu Malaysia

Kepada Setiausaha Peperiksaan (Sekolah Rendah)

SK.SJK C dan SJK T

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

Sukacita dimaklumkan, Sistem SPPBS telah dibuka semula untuk Sekolah Rendah.

Tuan/puan  boleh membuka sistem ini melalui  add:  http://apps.moe.gov.my/sppbs

-Setiausaha Peperiksaan sila daftarkan guru guru matapelajaran.

-Nama murid dan kelas telah dimasukkan melalui pengkalan data APDM.

-Sila pastikan Maklumat murid dari APDM Tuan/Puan adalah betul untuk mengelakkan sebarang masalah.

- ID dan Kata laluan masih menggunakan  yang sedia ada.

Jika ada sebarang Kemusykilan sla hubungi saya

En Suhaimi Bin Mohd Isa

Pen PPD PBS (Men).

Unit penilaian Dan Peperiksaan

PPDJJ- (064583671)

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDKAN NEGARA"

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 16 Mei 2012 12:02

PENATARAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI TAHUN 1 KSSR 2011 (TERKINI)

E-mail Cetak PDF

PENATARAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI TAHUN 1 BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) 2011 (TERKINI)

kepada,

Guru-guru Mata Pelajaran KSSR TAHUN 1

SK , SJK (C), SJK (T),

Daerah Jempol Dan Jelebu

Sukacita dimaklumkan, Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah mengadakan Penataran Standard Prestasi Tahun Satu berdasarkan KSSR  untuk guru mata pelajaran bagi menerangkan tatacara menggunakan standard prestasi terkini.

Guru-guru yang telah mengikuti penataran Standard Prestasi setiap mata pelajaran di minta membuat penataran (In House Training) di peringkat sekolah bagi setiap mata pelajaran dan menghantar Laporan Penataran Standard Prestasi ke  Unit Penilaian Dan Peperiksaan PPD Jempol dan Jelebu sebelum 30 Jun 2011 (Jumaat)

UP: En Suhaimi Bin Mohd Isa

Pen. PPD. PBS (Men) (06 4583671)

Sila gunakan perisian Win rar untuk membuka fail-fail di bawah:

icon WinRar393 ( 2010-12-23)

Sila muat turun bahan KSSR tahun 1 di bawah ini

icon PBS 2011

icon 1Taklimat Profesional Pengurusan Standard Prestasi 2011

icon 2Konsep Standard Prestasi Feb 2011 Updated 4 Mac 2011

icon 3Powerpoint Perasmian Standard Prestasi 2011

icon PENGOPERASIAN PBS MAC 2011

icon Produksi Penjaminan Kualiti PBS Mac 2011

icon Aplikasi SPPBS

Std Prestasi Bahasa Cina

icon Bahasa Cina

Std Prestasi Bahasa Tamil

icon Bahasa Tamil

Std Prestasi Bahasa Inggeris

icon Bahasa Inggeris

Std prestasi Teknologi Maklumat Komunikasi

icon Teknologi Maklumat Komunikasi

Std Prestasi Dunia Seni Visual

icon DUNIA SENI VISUAL KSSR THN 1

Std Prestasi Dunia Sains Dan Teknologi

icon Standard Prestasi Sains Updated 8 Feb 2011

Std Prestasi Matematik

icon Matematiik

Std Prestasi Bahasa Arab

icon 01 DSK Bahasa Arab Tahun 1icon Std Prestasi Bahasa Arab icon Standard Prestasi Bahasa Arabicon Grid hubungan antara band dalam SP baru Bahasa Arab 2011icon Cover instrument B.Arabicon Instrument kem tulis B.Arabicon Cth penilaian B Arab

icon Instrument kem dgr n tutur B .Arabicon Instument kem baca B Arabicon cth chart JK SP B.Arab

Std Prestasi Pendidkan Moral

icon Pendidikakan moral

Std Prestasi Pendidkan Kesihatan

icon Pendidikan kesihatan

Std Prestasi Bahasa Melayu

icon Standard Prestasi SK Bahasa Melayuicon EVIDENS & INSTRUMEN B.M- SESI 3icon KSSR & Std Prest B.M- SESI 1icon STANDARD PRESTASI BM Thn 1 - SESI 2icon STANDARD PRESTASI BM Thn 1 - SJKicon STANDARD PRESTASI SK BANDING T1 & T2 20 APRIL HTL PEARL INTERNATIONALicon Lampiran 1icon Lampiran 2icon Lampiran 3

Standard Prestasi

icon English Std Performance  YEAR 1 SK icon STD PERFORMANCE YEAR 1 SJK

 

icon Std Prestasi KSSR Science, Pen. Jasmani, Pen. Kesihatan, Dunia Muzik.

Std Prestasi Pendidkan Jasmani

icon Standard Prestasi Pend Jasmani

Std Prestasi Pendidkan Islam

icon STANDARD PRSTASI PENDIDIKAN ISLAM icon AGIHAN TAJUK P.Islam TRANSFORMASI TAHUN SATU

icon Modul Akhlakicon Modul Akidahicon Modul Al Quranicon Modul Jawiicon Modul Sirah

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 01 Jun 2011 22:48

Sistem Penarafan Sekolah (e-Penarafan) SKPM 2010

E-mail Cetak PDF

Mohon pihak pentadbir sekolah mengisi Sistem Penarafan Sekolah (e-Penarafan) SKPM 2010 di http://www.moe.gov.my/skpm/ seperti surat siaran di bawah.

Tarikh akhir untuk menjawab instrumen tersebut ialah pada 28 Februari 2011 (bagi sekolah rendah sahaja.) Sebarang masalah boleh hubungi Pn. Masharyati binti Musa di talian 06-458 3589.

icon Penarafan Kendiri Sekolah PKS SKPM Menggunakan Instrumen Baru Standard Kualiti Pendidikan Msia SKPM 2010 ( 2011-02-22)

FAQ:

1. Sila gunakan pelayar web Internet Explorer 7 dan keatas.

2. ID Pengguna (KODSEKOLAH, huruf besar dan tanpa jarak)

3. Kata laluan (KODSEKOLAH, huruf besar dan tanpa jarak, jika belum diubah)

4. Jika kata laluan telah diubah dan terlupa sila telefon Jemaah Nazir Negeri, N. Sembilan untuk reset semula kata laluan di talian 06-762 9963

 

Contoh paparan Laman Web SKPM 2010

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 05 Februari 2012 01:01

Pelaksanaa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) -Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012

E-mail Cetak PDF

Kepada,

Semua Pengetua,

up: (Setiausaha Peperiksaan SUP)

PELAKSANAAN  PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)- PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012.

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan dilaksanakan  serentak bagi semua sekolah di seluruh negara mulai 1 Februari hingga 31 Julai 2012.

3.   Sehubungan itu pihak sekolah WAJIB melaksanakan PBS bagi semua matapelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali projek, modul dan ujian lisan.Pelaksanaan PBS Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Science, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Ujian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dan Pendidikan Kesenian dijalankan mengikut Jadual Kerja PMR 2012 yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.   PBS bagi matapelajaran tersebut meliputi perancangan mentaksir, menskor dan mengisi skor calon menggunakan aplikasi Kerja Kursus PMR.

Sila muatturun Lampiran yang disediakan sebagai panduan.

Terima Kasih

icon Siaran-PBS- Pelaksanaan DiSek Menengah 2012

 

Muka 1 dari 117