PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: Pengurusan Akademik LINUS INSTRUMEN SARINGAN 1 LINUS 2013 (MENULIS/BERTULIS)

INSTRUMEN SARINGAN 1 LINUS 2013 (MENULIS/BERTULIS)

E-mail Cetak PDF

Kepada,

Guru Besar Cemerlang / Guru Besar,

SK / SJK(C) / SJK(T),

Daerah Jempol dan Jelebu.

PENGAMBILAN  INSTRUMEN  SARINGAN  1  LINUS  2.0 NKRA  TAHUN 2013  (MENULIS DAN BERTULIS) UNTUK  TAHUN  1, TAHUN 2  DAN  TAHUN 3

Untuk makluman tuan, Instrumen Saringan 1 LINUS 2.0 NKRA Tahun 2013 (Menulis dan Bertulis) untuk murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 boleh diambil pada ketetapan berikut :

Tarikh    : 16 April 2013 (Selasa)

Masa     : 2.30 petang

Tempat : Bilik Seminar, PPD Jempol dan Jelebu

Sehubungan dengan itu, Guru Penyelaras LINUS/Guru LINUS sekolah diminta hadir untuk mengambil instrumen-instrumen tersebut. Sila lengkapkan maklumat berkaitan pengambilan instrumen setelah selesai berurusan.  Tarikh saringan ialah pada 21 - 30 April 2013 dan dijalankan kepada semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.