PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: | Tindakan Segera |

PENGUMPULAN DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH (e-Perlu) – Ulangan dan Tindakan Segera

E-mail Cetak PDF

SEMUA PENGETUA & GURU BESAR,

Diimaklumkan bahawa status pengisian aplikasi e-Perlu secara online bagi sekolah-sekolah di daerah Jempol dan Jelebu masih terdapat sekolah yang masih belum mengisi borang secara online. Sekolah tersebut ialah:

  1. SJKT Ladang Sialang
(data setakat 10.00 pm, 10 Disember 2010)
Oleh itu, Urus Setia e-Perlu di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM telah memutuskan mana-mana sekolah yang masih menghadapi kesukaran untuk membuat capaian diminta mengisi data berkenaan secara manual dan menghantar secara faksimili di talian
03-88849416.
Namun demikian, pihak sekolah dinasihatkan supaya terus berusaha mengisi data ePerlu secara online walaupun selepas tarikh tamat pada 30 September 2010.

ePerlu adalah satu aplikasi bertujuan mendapatkan maklumat untuk mengetahui status kesediaan sekolah sebelum sesi persekolahan 2011 bermula. Sekolah hendaklah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan memberi gambaran sebenar status keperluan sekolah.

Dimaklumkan bahawa proses capaian ke aplikasi e-Perlu mengalami masalah akibat banyak sekolah yang memasuki aplikasi tersebut pada masa puncak. Perkara tersebut sudah diambil maklum oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Sekolah dikehendaki mencuba alternatif lain selain menggunakan talian Schoolnet seperti di premis PPD atau PKG.

Sebarang kesulitan boleh berhubung terus dengan Pegawai Meja di KPM dan sila rujuk surat lampiran:

Pn Mazzleza bt Ab Wahab - Tel: 017 208 6836 / 03 888 494 96

Disertakan di bawah ini senarai nama sekolah-sekolah yang belum mengisi maklumat e-Perlu di laman web www.moe.gov.my/bs/eperlu

Senarai sekolah yang masih belum mengisi e-perlu sehingga 18 November 2010, sila muat turun di sini.

 

Add comment


Security code
Refresh