PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: Pengurusan Akademik Unit Penilaian & Peperiksaan Pelaksanaa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) -Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012

Pelaksanaa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) -Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012

E-mail Cetak PDF

Kepada,

Semua Pengetua,

up: (Setiausaha Peperiksaan SUP)

PELAKSANAAN  PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)- PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012.

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan dilaksanakan  serentak bagi semua sekolah di seluruh negara mulai 1 Februari hingga 31 Julai 2012.

3.   Sehubungan itu pihak sekolah WAJIB melaksanakan PBS bagi semua matapelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali projek, modul dan ujian lisan.Pelaksanaan PBS Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Science, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Ujian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dan Pendidikan Kesenian dijalankan mengikut Jadual Kerja PMR 2012 yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.   PBS bagi matapelajaran tersebut meliputi perancangan mentaksir, menskor dan mengisi skor calon menggunakan aplikasi Kerja Kursus PMR.

Sila muatturun Lampiran yang disediakan sebagai panduan.

Terima Kasih

icon Siaran-PBS- Pelaksanaan DiSek Menengah 2012