PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: Utama

PBS-MAKLUMAN- SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEK. REN. DAN GURU-GURU KSSR THN.1 DANTHN 2. 2012 .(18.01.2012)

E-mail Cetak PDF

MAKLUMAN UNTUK

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SUP) SEKOLAH RENDAH DAN GURU KSSR TAHUN 1 DAN TAHUN 2- 2012 DAERAH JEMPOL DAN JELEBU.

SILA AMBIL PERHATIAN

*      PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PBS- STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN SATU DAN TAHUN 2.

Sila muat turun Siaran pelaksanaan PBS dan SPPBS tersebut di bawah.

*      KEPADA SETIAUSAHA PEPERIKSAAN -

-Sila Daftarkan Guru-guru matapelajaran KSSR Tahun 1 dan 2 menggunakan sistem (eg -tukar)- dalam SPPBS.Pastikan semua guru yang terlibat mendaftarkan murid menggunakan sistem (SMM)dalam SPPBS . Beri taklimat mengenai SPPBS kepada pihak pentadbir sekolah dan Guru yang mengajar KSSR Tahun 1 dan 2.

-Sila pastikan semua guru telah "KEY-IN" - data/ band setiap murid dalam SPPBS pada setiap bulan dan sentiasa pastikan guru menyimpan evidence/instrumen dalam Fail /Dokumen Portfolio Murid. PASTIKAN GURU MENYEDIAKAN FAIL/DOKUMEN PORTFOLIO UNTUK SETIAP MURID DAN MATAPELAJARAN. (Perlu disimpan di dalam kelas/ tempat yang selamat dan mudah diakses.

-Sila tubuhkan Jawatan Kuasa PBS Sekolah dan kemaskini Fail AM 435 serta Fail PeperiksaanAwam. Peperiksaan Dalaman Dan Fail PBS.

*      KEPADA GURU MATAPELAJARAN KSSR TAHUN 1 DAN 2-

-Sila jalankan pentaksiran Standard Prestasi KSSR Tahun satu dan Tahun 2 Berpandukan Dokumen Standard Prestasi yang telah di sediakan(Untuk Tahun 1-sila ambil di PPD) (Tahun 2 guna seperti dalam penataran yang telah diberi).Pengajaran Dan Pembelajaran (Standard Kurikulum)-Pentaksiran (Standard Prestasi).

-Pentaksiran- Tuan/Puan perlu menyediakan Instrumen pentaksiran sebelum mentaksir. (Sebagai panduan sila muat turun contoh Instrumen yang telah disediakan(Untuk Tahun Satu Sahaja).) Pentaksiran perlu dijalankan dan dipatuhi mengikut prosedur dan jadual yang disediakan dalam SPPBS. Pastikan Integriti dan keesahan  dipatuhi.

-Setelah mentaksir dan menilai sila masukkan/ KEY-IN band yang diberi dalam SPPBS. Pentaksiran Perlu dibuat setiap bulan .(Januari - Oktober) Sila lihat  dalam SPPBS.

-Setiap Instrumen/evidence murid perlu disimpan dalam Fail/dokumen Portfolio murid selepas setiap pantaksiran telah dijalankan. (Simpan sehingga bulan Oktober)

*       KEPADA GURU KELAS TAHUN 1 DAN 2

-        Sila Sediakan Fail/Dokumen Showcase Untuk kelas masing masing. Simpan semua evidence terbaik bagi setiap murid dan setiap matapelajaran.

-         Fail/Dokumen Showcase akan dikemaskini pada bulan Oktober- Pastikan guru mata pelajaran menyerahkan Data Pelaporan  dan analisa pencapaian setiap murid untuk di serahkan kepada penjaga dan disimpan untuk dibawa ke tahun seterusnya. (Pelaporan boleh dikeluarkan dari masa ke semasa mengikut keperluan)

-         Pastikan pelajar yang berpindah sekolah membawa semua evidence dari Fail Portfolio dan Showcase begitu juga pelajar yang baru masuk. Sila catatkan sekolah dan No Tel sekolah baru atau lama.

MAKLUMAN UNTUK PENTADBIR

-TIADA PEPERIKSAAN BERTULIS (UJIAN BULANAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN AKHIRTAHUN) UNTUK KELAS KSSR -(Walau bagaimanapun pihak sekolah boleh manjalankan ujian tersebut sekiranya perlu untuk menilai prestasi pelajar-(Di luar PBS)

-SILA LAYARI LAMAN WEB PPD JEMPOLDAN JELEBU DAN LAMAN WEB SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN JPNS UNTUK INFO TERKINI.

SEKIAN TERIMA KASIH

Sebarang kemusykilan sila hubungi

En Suhaimi Bin Mohd Isa

Pen PPD. PBS (Men)

Unit Penilaian Dan Peperiksaan

PPD Jempol Dan Jelebu

Sila Muat turun

icon SIARAN SPPBS

icon Aplikasi SPPBS

icon SIARAN-PBS -Pelaksanaan PBS Tahun 1 dan Tahun 2 2012