PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: Utama

NKRA- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

E-mail Cetak PDF

Makluman dan tindakan semua pengetua guru besar.

Kutipan Data melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah secara online (baru)

Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Unit NKRA KPM, ketetapan telah dibuat bahawa semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH seluruh negara perlu mengisi markah ujian dan peperiksaan hanya melalui SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS). Ini bermakna semua sistem yang digunakan di JPN seperti ISIS akan dimansuhkan. Sehubungan dengan itu, semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH TERMASUK SBP perlu mengisi markah UJIAN BULAN MAC, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN PERCUBAAN/UJIAN BULAN OGOS DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN di SAPS ini. SU Peperiksaan akan diminta untuk mendaftarkan id bagi semua guru (sila muat turun manual SU Peperiksaan Dalaman untuk tindakan pendaftaran). Surat makluman akan dikeluarkan kepada sekolah bagi memaklumkan secara rasmi mengenai sistem ini. Sila muat turun maklumat awal mengenai sistem di pautan bawah ini. SU Peperiksaan sudah boleh mula untuk daftar mengikut manual yang dibekalkan. SILA BACA MANUAL UNTUK SU DAHULU SEBELUM MEMBUAT PENDAFTARAN. Semua guru diminta untuk daftar mata pelajaran dan mengisi markah yang diperlukan. Kerjasama Pengetua dan Guru Besar dipohon untuk memastikan penghantaran data ke PPD oleh SU Peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti di bawah.

Tarikh Akhir Penghantaran Data
Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi :
Tahun 6 dan Ting 3 (15 Jun)
Ting 5 dan Ting 6 (28 Jun)
Tahun 2 hingga 5, Ting 1 hingga 4 (28 Jun)

Untuk tarikh akhir bagi keputusan peperiksaan dan ujian yang lain akan disertakan melalui surat rasmi dari JPN tidak berapa lama lagi. 
 


icon MANUAL-SU ( 2011-05-31 12:42:04)

icon saps-sek ( 2011-05-31 12:54:36)

icon saps-gurump ( 2011-05-31 12:50:46)


 JPN Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua sekolah.