Makluman
Semua Pengetua Cemerlang/Pengetua
Semua Guru Besar Cemerlang/Guru Besar
Sek.Men/Sek.Rendah Jempol dan Jelebu.
Tuan,
PERMOHONAN GURU GANTI 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.Segala permohonan untuk mendapatkan Guru Ganti hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
2.1-Surat Permohonan Rasmi Sekolah
2.2-Lampiran A
2.3-Dokumen-dokumen yang membuktikan ketiadaan guru seperti Sijil cuti sakit,bersalin,haji,umrah,kursus,
cuti tanpa gaji,cuti belajar, dsbnya (kecuali guru yang bersara,berpindah,naik pangkat dan
meninggal dunia)
3.Walau bagaimanapun segala permohonan guru Ganti hendaklah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada
PPD Jempol&Jelebu.
4.Sebarang kemusykilan sila hubungi unit KGSK/GSTT/GG Jempol&Jelebu
Sekian,untuk makluman dan tindakan tuan.






